Tidak ada rehat untuk orang Mu’min selagi mana tidak berjumpa dengan Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

لا راحة للمؤمن دون لقاء ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada rehat untuk orang Mu’min selagi mana tidak berjumpa dengan Tuhannya.

STATUS

[Bukan Hadis]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 115, hadis nombor 126. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هُوَ مِنْ كَلامِ بَعْضِ السَّلَفِ.

Imam Ibnu Taimiyyah telah berkata: Ucapan ini ialah ucapan daripada sebahagian para salaf.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

]