Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَ على المعْتَكِفِ صيَامٌ إلاَّ أَنْ يَجْعَلَهُ على نَفْسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada puasa bagi orang yang beriktikaf melainkan dia telah mewajibkan ke atas dirinya sendiri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis no. 5780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ليس على المعتكف صيام إلا أن يجعله على نفسه. [قط، ك، هق، الضعيفة (4378)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada puasa bagi orang yang beriktikaf melainkan dia telah mewajibkan ke atas dirinya sendiri. [Riwayat Sunan al-Dāraquṭnī, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4378]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman