Tidak ada perlumbaan melainkan pada

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا سبق إلا في خف أو حافر أو نصل أو جناح .


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak ada perlumbaan melainkan pada kuku unta (pertandingan unta) atau kuku kuda (pertandingan kuda) atau anak panah (pertandingan memanah) atau sayap (pertandingan burung).


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 174, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب. وقد صرح الحفاظ أن زيادة _ أو جناح _ وضعها غياث بن إبراهيم في قصة وقعت له مع المهدي العباسي وهي
مشهورة.

Al-Huffaz menjelaskan bahawa tambahan “atau sayap” telah direka oleh Ghiyath bin Ibrahim dalam peristiwa beliau bersama al-Mahdi al-Abbasi dan ia merupakan kisah yang masyhur.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon