Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada perlumbaan melainkan pada

Teks Bahasa Arab

حديث: لا سبق إلا في خف أو حافر أو نصل أو جناح .

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tidak ada perlumbaan melainkan pada kuku unta (pertandingan unta) atau kuku kuda (pertandingan kuda) atau anak panah (pertandingan memanah) atau sayap (pertandingan burung).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 174, hadis no. 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب. وقد صرح الحفاظ أن زيادة _ أو جناح _ وضعها غياث بن إبراهيم في قصة وقعت له مع المهدي العباسي وهي مشهورة.

Al-Huffaz menjelaskan bahawa tambahan “atau sayap” telah direka oleh Ghiyath bin Ibrahim dalam peristiwa beliau bersama al-Mahdi al-Abbasi dan ia merupakan kisah yang masyhur.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.