Tidak ada perlumbaan kecuali pada memanah, unta, berkuda atau burung

TEKS BAHASA ARAB

لا سبق إلا في نصل أو خف أو حافر أو جناح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada perlumbaan kecuali pada memanah, unta, berkuda atau burung.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قوم حملهمْ على الْوَضع غَرَض من أغراض الدُّنْيَا، كالتقرب إِلَى السُّلْطَان وَغَيره كَمَا حُكيَ عَن غياث بن إِبْرَاهِيم فَإِنَّهُ حِين دخل على الْمهْدي أحد خلفاء بني الْعَبَّاس وَكَانَ يحب الْحمام فَقيل لَهُ: حدث أَمِير الْمُؤمنِينَ، فَقَالَ: حَدثنَا عَن فلَان عَن فلَان إِلَى النَّبِي أَنه قَالَ: ((لَا سبق إِلَّا فِي نصل أَو خف أَو حافر أَو جنَاح)) فَزَاد كلمة أَو جنَاح من عِنْد نَفسه ليطيب قلب الْمهْدي، فتفطن لَهُ الْمهْدي وَقَالَ: أشهد أَنه كَذَّاب على رَسُول الله وَقَالَ: أَنا حَملته على ذَلِك، فَأمر بِذبح الْحمام ورفض مَا كَانَ فِيهِ.

Golongan yang melakukan pemalsuan hadis kerana habuan dunia. Seperti mahu rapat dengan pemerintah dan lain-lain seperti mana yang pernah cerita tentang Ghiath Bin Ibrahim ketika mana beliau masuk menemui Al-Mahdi salah seorang khalifah Bani Abbasiyah. Al-Mahdi sangat meminati burung merpati. Lalu dikatakan kepada beliau : “Ceritakan kepada Amirul Mukminin. Lalu Ghiath berkata: Seorang fulan telah menceritakan kepada kami dari fulan dari fulan daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW bersabda:
لا سبق إلا في نصل أو خف أو حافر أو جناح
Maksudnya : “Tidak ada perlumbaan kecuali pada memanah, unta, berkuda atau burung.”
Ghiath telah menambah perkataan جناح أو yang direkanya sendiri untuk menggembirakan hati Al-Mahdi. Namun perkara itu dapat diketahui oleh Al-Mahdi. Beliau berkata : “Aku bersaksi bahawa ia merupakan satu penipuan ke atas Baginda Nabi SAW.” Ghiath berkata : “Aku yang merekanya.” Lalu Al-Mahdi memerintahkan untuk disembelih burung merpati tersebut dan menolak semua daripada Ghiath.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs