Tidak ada perlumbaan kecuali pada kasut,

TEKS BAHASA ARAB

 لاَ سَبْقَ إِلاَّ خُفٍّ أَوْ نَصْلٍ أَوْ حَافِرٍ أَوْ جِنَاحٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada perlumbaan (pertandingan) kecuali pada kasut (lari), lempar (lempar lembing, tunggang (kuda) dan sayap (menerbangkan burung).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri lain hadis palsu ialah hadis-hadis tentang burung merpati. Tidak ada satu pun yang sahih.
Seperti hadis: ….

Hadis lain:
لاَ سَبْقَ إِلاَّ خُفٍّ أَوْ نَصْلٍ أَوْ حَافِرٍ أَوْ جِنَاحٍ
“Tidak ada perlumbaan (pertandingan) kecuali pada kasut (lari), lempar (lempar lembing, tunggang (kuda) dan sayap (menerbangkan burung).”

Hadis ini telah dipalsukan oleh seorang pendusta bernama Wahab bin Wahab Abi al-Bakhtari….

… Abu al-Bakhtari berjumpa dengan Khalifah al-Mahdi dan dia dapati al-Mahdi bermain dengan burung merpati lalu Abu al-Bakhtari membaca hadis:
لا سَبْقَ إِلاَّ فِي خُفٍّ أَوْ نَصْلٍ أَوْ حَافِرٍ أَوْ جِنَاحٍ
“Tidak ada perlumbaan (pertandingan) kecuali pada kasut (lari), lempar (lempar lembing), tunggang (kuda) dan sayap (menerbangkan burung).”
Ketika Abu al-Bakhtari keluar, al-Mahdi berkata: “Aku bersaksi bahawa tengkukmu adalah tengkuk seorang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW.” Semenjak kejadian tersebut, Khalifah al-Mahdi tidak lagi bermain dengan burung merpati kerana ia menjadi sebab pendustaan berlaku ke atas Rasulullah SAW.
————————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Rujuk: al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 174). Asy-Syaukani berkata: (Al-Huffaz telah menjelaskan bahawa terdapat tambahan lafaz iaitu (atau sayap). Lafaz ini telah direka oleh Ghiyath bin Ibrahim dalam kisah yang diletakkan bersama al-Mahdi al-‘Abasi yang sangat terkenal. Asal hadis ini ialah: Tidak ada perlumbaan melainkan kasut (lari), lempar (lempar lembing) dan tunggang (kuda). Hadis ini hadis sahih yang direkodkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan empat imam hadis yang lain (Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon