Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أحسنَ مِن مسلِمٍ ولا كافرٍ إلَّا أثابهُ اللهُ. قُلنا: يا رسولَ اللهِ! ما إثابةُ اللهِ الكافرَ؟ فقال: إن كان وصلَ رحمًا، أو تصدَّق بصدَقةٍ، أو عمل حسنةً؛ أثابه اللهُ المالَ والولدَ والصِّحةَ وأشباهَ ذلكَ. قُلنا: فما في الآخرةِ؟ قال: عذابًا دونَ العذَابِ. وقرأ: (أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ).
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada perkara yang lebih baik datang daripada orang muslim atau orang kafir melainkan Allah memberikan penghargaan kepadanya. Kami pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah penghargaan yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Baginda bersabda: Jika dia menyambung hubungan rahim, atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan satu kebaikan, Allah memberikan penghargaan kepadanya melalui harta, anak, kesihatan dan seumpamanya. Kami pun bertanya: Lalu apa pula penghargaan yang diperolehi di akhirat? Baginda menjawab: Azab yang tidak azab yang sebenar. Baginda pun membaca: Masukkanlah golongan Fir'aun ke dalam azab yang sangat pedih.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1344 - 1345, hadis no. 6870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحماً، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذاباً دون العذاب. وقرأ: (أدخلوا آل فرعون أشد العذاب). [ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4983، 6701)].
(Munkar) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada perkara yang lebih baik datang daripada orang muslim atau orang kafir melainkan Allah memberikan penghargaan kepadanya. Kami pun bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah penghargaan yang diberikan oleh Allah kepada orang kafir? Baginda bersabda: Jika dia menyambung hubungan rahim, atau bersedekah dengan satu sedekah atau melakukan satu kebaikan, Allah memberikan penghargaan kepadanya melalui harta, anak, kesihatan dan seumpamanya. Kami pun bertanya: Lalu apa pula penghargaan yang diperolehi di akhirat? Baginda menjawab: Azab yang tidak azab yang sebenar. Baginda pun membaca: Masukkanlah golongan Fir'aun ke dalam azab yang sangat pedih. [Riwayat Ibn Shahin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn Majah dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4983, 6701]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman