TEKS BAHASA ARAB
لا سمر إلا لثلاثة: مصل، أو مسافر، أو عروس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada perbualan malam kecuali kepada tiga orang: Orang yang solat, orang yang mengembara dan pengantin.
STATUS
Munkar dengan lafaz: عروس (pengantin)
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis nombor 5018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: ((عروس))) عن عائشة – رضي الله عنها – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((لا سمر إلا لثلاثة: مصل، أو مسافر، أو عروس)). [سمويه في ((الفوائد))، ع، ((الضعيفة)) (6524)].
(Munkar dengan lafaz: عروس (pengantin))
Daripada ‘Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada perbualan malam kecuali kepada tiga orang: Orang yang solat, orang yang mengembara dan pengantin”.
[Riwayat Samuyah dalam al-Fawaid, dan Abu Ya’la dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6524]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.