Munkar dengan lafaz: عروس (pengantin)

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada perbualan malam kecuali kepada tiga orang

Teks Bahasa Arab

لَا سَمَر إِلا لثلَاثَة: مصلٍّ، أَو مسافرٍ، أَو عروسٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada perbualan malam kecuali kepada tiga orang: Orang yang solat, orang yang mengembara dan pengantin.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan lafaz: عروس (pengantin)

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 972, hadis no. 5018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: ((عروس))) عن عائشة - رضي الله عنها - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((لا سمر إلا لثلاثة: مصل، أو مسافر، أو عروس)). [سمويه في ((الفوائد))، ع، ((الضعيفة)) (6524)].

(Munkar dengan lafaz: عروس (pengantin)) Daripada ‘Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada perbualan malam kecuali kepada tiga orang: Orang yang solat, orang yang mengembara dan pengantin”. [Riwayat Sibawaih dalam al-Fawaid, dan Abu Ya’la dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6524]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.