Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada perbelanjaan harta yang lebih hebat di sisi Allah selepas menghubungkan silaturahim seperti menumpahkan darah

Teks Bahasa Arab

ما مِنْ نَفَقَةٍ بعد صلِة الرحِمِ أعظمَ عند اللهِ من هِراقةِ دمٍ [أيامَ النَّحْرِ].

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada perbelanjaan harta yang lebih hebat di sisi Allah selepas menghubungkan silaturahim seperti menumpahkan darah [pada hari-hari korban].

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428, hadis no. 2306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم [أيام النحر]». [خط، فر، ابن عبد البر، «الضعيفة» (6347)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada perbelanjaan harta yang lebih hebat di sisi Allah selepas menghubungkan silaturahim seperti menumpahkan darah [pada hari-hari korban]". [Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6347].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.