TEKS BAHASA ARAB
لا سيف إلا ذو الفقار ولا فتى إلا علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada pedang melainkan Zulfiqar dan tidak ada pemuda melainkan ‘Ali.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 106, hadis nombor 518. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
جاء بسند واه عن أبي جعفر محمد بن علي الباقر، قال: نادى ملك من السماء يوم بدر: لا سيف. فذكره.
Telah datang dengan sanad yang wahin (sangat lemah) daripada Abi Ja’far Muhammad bin ‘Ali al-Baqir, katanya: "Seorang malaikat berseru dari langit pada hari Badar: "Tidak ada pedang…." lalu beliau menyebutkannya.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.