Tidak ada pahala kecuali dengan mengharapkan pahala

TEKS BAHASA ARAB

لا أجر إلا عن حسبة، ولا عمل إلا بنية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada pahala kecuali dengan mengharapkan pahala, dan tidak ada pula sesuatu amalan itu kecuali dengan niat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis nombor 10154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي ذر – رضي الله عنه – رفعه: لا أجر إلا عن حسبة، ولا عمل إلا بنية.
[فر، ((الضعيفة)) (3991)]

(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkan) kepada Nabi SAW: Tidak ada pahala kecuali dengan mengharapkan pahala, dan tidak ada pula sesuatu amalan itu kecuali dengan niat.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3991]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs