Tidak ada pagi kecuali dua malaikat akan menyeru

TEKS BAHASA ARAB

ما من صباح إلا وملكان يناديان: ويل للرجال من النساء، وويل للنساء من الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada pagi kecuali dua malaikat akan menyeru: Celakalah lelaki oleh wanita, celakalah wanita oleh lelaki.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis nombor 4768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من صباح إلا وملكان يناديان: ويل للرجال من النساء، وويل للنساء من الرجال)).
[عبد بن حميد، عد، ك، ابن أبي الدنيا في ((الإشراف))، ((الضعيفة)) (2018)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Abi Said Al Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada pagi kecuali dua malaikat akan menyeru: Celakalah lelaki oleh wanita, celakalah wanita oleh lelaki.
[Riwayat Abd bin Hamid, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’, al-Hakim dalam Mustadrak, dan Ibn Abi Al Dunya dalam al-Asyraf. Lihat Silsilah al Da’ifah, no. 2018].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.