TEKS BAHASA ARAB
لا حليم إلا ذو عثرة، ولا حكيم إلا ذو تجربة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada orang yang sabar melainkan pemilik kesilapan, tidak ada juga orang yang cerdik melainkan pemilik pengalaman.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا حليم إلا ذو عثرة، ولا حكيم إلا ذو تجربة». [خد، ت، حب، ابن حبان في «روضة العقلاء» و«الضعفاء»، ك، حم، حل، خط، «الضعيفة» (5646)].
(Lemah) Daripada Abu Sa’id RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada orang yang sabar melainkan pemilik kesilapan, tidak ada juga orang yang cerdik melainkan pemilik pengalaman". [Riwayat al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari, Sunan al-Tirmizi, Sahih Ibn Hibban, Ibn Hibban dalam Rawdatul al-‘Uqala’ dan al-Dhu’afa’, Mustadrak oleh al-Hakim, Musnad Ahmad, al-Hilyah oleh Abu Nu'aym dan Tarikh Baghdad oleh al-Khatib. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5646].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.