Tidak ada orang yang lebih mempunyai kekurangan dari segi agama dan pendapatnya

TEKS BAHASA ARAB

ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال: أما نقص رأيهن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada orang yang lebih mempunyai kekurangan dari segi agama dan pendapatnya dalam kalangan lelaki yang menguruskan hal ehwal diri mereka melainkan kaum wanita. Mereka bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kurangnya agama dan pendapat kaum wanita itu? Baginda SAW menjawab: Adapun kekurangan dari segi pendapat kerana penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki, manakala kekurangan dari segi agama kerana salah seorang daripada mereka duduk pada suatu masa yang Allah kehendaki namun tidak sujud walaupun sekali pada siang dan malamnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 963, hadis nombor 4970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه – قال, قال رسول الله ﷺ: ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمورهم من النساء. قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال: أما نقص رأيهن فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.
[ك، ((الضعيفة)) (6106)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada orang yang lebih mempunyai kekurangan dari segi agama dan pendapatnya dalam kalangan lelaki yang menguruskan hal ehwal diri mereka melainkan kaum wanita. Mereka bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kurangnya agama dan pendapat kaum wanita itu? Baginda SAW menjawab: Adapun kekurangan dari segi pendapat kerana penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki, manakala kekurangan dari segi agama kerana salah seorang daripada mereka duduk pada suatu masa yang Allah kehendaki namun tidak sujud walaupun sekali pada siang dan malamnya.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6106].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs