Tidak ada orang yang beriman daripada kalangan lelaki dan perempuan diberi kesakitan, melainkan Allah menjadikannya sebagai kaffarah bagi dosanya yang telah lalu

TEKS BAHASA ARAB

ما من امرىء مؤمن ولا مؤمنة يمرض؛ إلا جعله الله كفارة لما مضى من ذنوبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada orang yang beriman daripada kalangan lelaki dan perempuan diberi kesakitan, melainkan Allah menjadikannya sebagai kaffarah bagi dosanya yang telah lalu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1746, hadis nombor 8798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من امرىء مؤمن ولا مؤمنة يمرض؛ إلا جعله الله كفارة لما مضى من ذنوبه.)) [البزار، ((الضعيفة)) (4476)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah Ibnu Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada orang yang beriman daripada kalangan lelaki dan perempuan diberi kesakitan, melainkan Allah menjadikannya sebagai kaffarah bagi dosanya yang telah lalu.)).
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4476].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs