Tidak ada orang sakit yang sakit melainkan dia bernazar sesuatu dan berniat sesuatu yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس من مريض يمرض ‌إلا ‌نذر شيئاً؛ ونوى شيئاً من الخير، فف لله بما وعدته)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada orang sakit yang sakit melainkan dia bernazar sesuatu dan berniat sesuatu yang baik, maka wajib bagi engkau menunaikan hak Allah pada apa yang engkau telah janjikan (iaitu menunaikan nazarmu).))

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis nombor 3174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن خوات بن صالح بن خوات بن جبير، عن أبيه، عن جده – رضي الله عنه -، قال: مرضت، فعادني النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما برئت قال: ((ليس من مريض يمرض ‌إلا ‌نذر شيئاً؛ ونوى شيئاً من الخير، فف لله بما وعدت)). [طب، عد، ((الضعيفة)) (3994)].

(Palsu)
Daripada Khawwat bin Soleh bin Khawwat bin Jubair daripada ayahnya daripada datuknya RA beliau berkata: Aku jatuh sakit lalu Nabi SAW menziarahiku. Setelah aku sembuh baginda berkata: ((Tidak ada orang sakit yang sakit melainkan dia bernazar sesuatu dan berniat sesuatu yang baik, maka wajib bagi engkau menunaikan hak Allah pada apa yang engkau telah janjikan (iaitu menunaikan nazarmu).))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3994].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.