Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada nikmat melainkan nikmat-Mu

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: لَا آلَاء إِلَّا آلاؤك، يَا الله إِنَّك سميع عليم، مُحِيط كعسهلون وَفِي بعض الرِّوَايَات: كمثلهوف وبالحق أَنزَلْنَاهُ وبالحق نزل.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tidak ada nikmat melainkan nikmat-Mu, ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. IlmuMu meliputi semuanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 218, hadis no. 690. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الديبع في مختصر المقاصد: هذه الألفاظ اشتهرت في كثير من البلاد بأنها حفيظة رمضان، تحفظ من الغرق والسرق والحرق وسائر آلافات وتكتب في آخر جمعة منه، والخطيب على المنبر، وهو بدعة لا أصل لها، وكان ابن حجر ينكرها، وهو قائم على المنبر حتى في أثناء الخطبة حين يرى من يكتبها.

Ibn al-Daiba’ berkata dalam Mukhtasar al-Maqasid: Ucapan ini masyhur kebanyakan negeri bahawa ia adalah penjaga Ramadan yang memelihara daripada kecurian, tenggelam, kebakaran dan segala kecuaian. Ditulis pada akhir Jumaat bulan Ramadan, khatib mengucapkannya di atas mimbar. Ia adalah satu bid'ah yang tidak ada asalnya. Ibn Hajar turut mengingkarinya sehingga beliau mengingatkannya sewaktu berada di atas mimbar ketika berkhutbah melihat ada orang yang menulisnya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.