Tidak ada nafkah selepas silaturrahim yang lebih baik di sisi Allah melainkan menumpahkan darah (pada hari raya korban)

TEKS BAHASA ARAB

ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم [أيام النحر].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada nafkah selepas silaturrahim yang lebih baik di sisi Allah melainkan menumpahkan darah (pada hari raya korban).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis nombor 4204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس–رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم [أيام النحر])).
[خط، فر، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6347)]

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada nafkah selepas silaturrahim yang lebih baik di sisi Allah melainkan menumpahkan darah (pada hari raya korban).
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn Abd al-Barr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6347]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs