Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِنْ نَفَقَةٍ بعد صلِة الرحِمِ أعظمَ عند اللهِ من هِراقةِ دمٍ [أيامَ النَّحْرِ].
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada nafkah selepas silaturrahim yang lebih baik di sisi Allah melainkan menumpahkan darah (pada hari raya korban).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis no. 4204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس–رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم [أيام النحر])). [خط، فر، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6347)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada nafkah selepas silaturrahim yang lebih baik di sisi Allah melainkan menumpahkan darah (pada hari raya korban). [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn Abd al-Barr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6347]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman