Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada nabi yang apabila dia wafat, dia kekal di kuburnya melainkan empat puluh

Teks Bahasa Arab

ما من نبيٍّ يموتُ ، فيُقِيمُ في قبرِه ، إلا أَرْبَعِينَ صَبَاحًا ، حتى تُرَدَّ إليه رُوحُهُ ، ومَرَرْتُ بموسى ليلةَ أُسْرِيَ بي وهو قائمٌ في قبرِهِ بين عائِلَةٍ وعُوَيْلَةٍ

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada nabi yang apabila dia wafat, dia kekal di kuburnya melainkan empat puluh pagi, sehingga dikembalikan kepadanya rohnya. Aku telah melalui Musa pada malam Isra’ dan beliau sedang berada di antara bandar ‘Ailah dan ‘Uwailah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658-1659, hadis no. 8373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: "ما من نبي يموت فيقيم في قبره إلا أربعين صباحا حتى ترد إليه روحه، ومررت بموسى ليلة أسري بي وهو قائم في قبره بين عائلة وعويلة ". [حل، الطبراني في ((مسند الشاميين))، أبن عساكر، ((الضعيفة)) (201)].

Palsu) Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tidak ada nabi yang apabila dia wafat, dia kekal di kuburnya melainkan empat puluh pagi, sehingga dikembalikan kepadanya rohnya. Aku telah melalui Musa pada malam Isra’ dan beliau sedang berada di antara bandar ‘Ailah dan ‘Uwailah.” [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah, al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin, dan Ibn Asakir. Rujuk Silsilah al-Da'ifah, no. 201]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.