Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada musibah yang menimpa seseorang hamba setelah kehilangan agamanya

Teks Bahasa Arab

ما أُصِيبَ عبدٌ بعدَ ذهابِ دِينهِ بأشدَّ منْ ذهابِ بصرهِ، وما ذهب بصرُ عبدٍ فصبرَ؛ إلا دخل الجنةَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada musibah yang menimpa seseorang hamba setelah kehilangan agamanya yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatannya. Tidaklah hilang penglihatan seseorang hamba lalu dia bersabar, melainkan dia masuk syurga.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1341, hadis no. 6852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن بريدة رضي الله عنه مرفوعاً: ما أصيب عبد بعد ذهاب دينه بأشد من ذهاب بصره، وما ذهب بصر عبد فصبر؛ إلا دخل الجنة. [المحاملي في ((الأمالي))، خط، ((الضعيفة))، (4424)]

(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada musibah yang menimpa seseorang hamba setelah kehilangan agamanya yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatannya. Tidaklah hilang penglihatan seseorang hamba lalu dia bersabar, melainkan dia masuk syurga. [Riwayat al-Mahamiliy dalam al-Amaliy dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4424]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.