Tidak ada manusia yang kurang agama dan akalnya mampu menguasai lelaki yang menguruskan urusan kaum wanita

TEKS BAHASA ARAB

ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟، قال: أما نقص رأيهن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada manusia yang kurang agama dan akalnya mampu menguasai lelaki yang menguruskan urusan kaum wanita. Mereka berkata: Apa yang dimaksudkan dengan kurangnya agama dan akal wanita? Jawab baginda: Adapun kurang akalnya bermaksud dijadikan saksi dua wanita menyamai seorang lelaki . Kurang agama pula bermaksud dia hanya duduk sehingga apa yang dikehendaki oleh Allah siang dan malam tanpa dia sujud (solat) walaupun sekali kepada Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1566, hadis nombor 7935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله عليه وسلم: ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟، قال: أما نقص رأيهن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة. [ك،((الضعيفة)) (6106)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada manusia yang kurang agama dan akalnya mampu menguasai lelaki yang menguruskan urusan kaum wanita. Mereka berkata: Apa yang dimaksudkan dengan kurangnya agama dan akal wanita? Jawab baginda: Adapun kurang akalnya bermaksud dijadikan saksi dua wanita menyamai seorang lelaki. Manakala kurang agama pula bermaksud dia hanya duduk sehingga apa yang dikehendaki oleh Allah siang dan malam tanpa dia sujud (solat) walaupun sekali kepada Allah. [Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6106].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs