Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا وُجِدَ مِنْ نَاقِصِ الدِّينِ وَالْرَأْي أَغْلَبَ لِلرِّجَالِ ذَوِي الأَمْرِ عَلَى أَمْرِهِمْ مِنَ النِّسَاءِ، قَالُوا: وَمَا نقْصُ دِينِهِنَّ ورأيِهِنَّ؟، قَالَ: أمَّا نقْصُ رأيِهِنَّ: فَجُعِلَتْ شَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ بِشَهَادَةِ رَجُلٍ، وأمَّا نقْصُ دِينِهِنَّ: فإن إحداهن تَقْعُدُ ما شاء الُله من يومٍ وليلةٍ لا تسجُدُ للهِ سجدةً.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada manusia yang kurang agama dan akalnya mampu menguasai lelaki yang menguruskan urusan kaum wanita. Mereka berkata: Apa yang dimaksudkan dengan kurangnya agama dan akal wanita? Jawab baginda: Adapun kurang akalnya bermaksud dijadikan saksi dua wanita menyamai seorang lelaki . Kurang agama pula bermaksud dia hanya duduk sehingga apa yang dikehendaki oleh Allah siang dan malam tanpa dia sujud (solat) walaupun sekali kepada Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1566, hadis no. 7935. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله عليه وسلم: ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟، قال: أما نقص رأيهن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة. [ك،((الضعيفة)) (6106)].
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada manusia yang kurang agama dan akalnya mampu menguasai lelaki yang menguruskan urusan kaum wanita. Mereka berkata: Apa yang dimaksudkan dengan kurangnya agama dan akal wanita? Jawab baginda: Adapun kurang akalnya bermaksud dijadikan saksi dua wanita menyamai seorang lelaki. Manakala kurang agama pula bermaksud dia hanya duduk sehingga apa yang dikehendaki oleh Allah siang dan malam tanpa dia sujud (solat) walaupun sekali kepada Allah. [Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6106].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman