Tidak ada mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan yang bakhil dalam menginfakkan harta

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد ولا أمة يضن بنفقة ينفقها فيما يرضي الله؛ إلا أنفق أضعافها فيما يسخط الله، وما من عبد يدع الحج لحاجة عرضت له من حوائج الدنيا؛ إلا رأى محقة قبل أن يقضي الله له تلك الحاجة – يعني: حجة الإسلام -، وما من عبد يدع المشي في حاجة أخيه المسلم – قضيت أو لم تقض -؛ إلا ابتلي بمعونة من مأثم عليه، ولا يؤجر فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan yang bakhil dalam menginfakkan harta kepada sesuatu yang diredhai Allah, kecuali dia akan menginfakkan berganda lagi kepada apa yang Allah murkai, tidak ada seorang hamba yang meninggalkan haji kerana sesuatu keperluan dunia, kecuali akan melihat kehancuran sebelum Allah menyelesaikan untuknya hajinya – iaitu Haji al-Islam- , tidak ada seorang hamba yang meninggalkan pertolongan untuk menunaikan hajat saudaranya yang muslim – sama ada ditunaikan ataupun tidak- , kecuali akan diuji dengan pertolongan dari perkara dosa kepadanya, lalu dia tidak diberikan ganjaran ke atasnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis nombor 3846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه – مرفوعا: «ما من عبد ولا أمة يضن بنفقة ينفقها فيما يرضي الله؛ إلا أنفق أضعافها فيما يسخط الله، وما من عبد يدع الحج لحاجة عرضت له من حوائج الدنيا؛ إلا رأى محقة قبل أن يقضي الله له تلك الحاجة – يعني: حجة الإسلام -، وما من عبد يدع المشي في حاجة أخيه المسلم – قضيت أو لم تقض -؛ إلا ابتلي بمعونة من مأثم عليه، ولا يؤجر فيه».
[الأصفهاني، «الضعيفة» (5165)].

(Munkar)
Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan yang bakhil dalam menginfakkan harta kepada sesuatu yang diredhai Allah, kecuali dia akan menginfakkan berganda lagi kepada apa yang Allah murkai, tidak ada seorang hamba yang meninggalkan haji kerana sesuatu keperluan dunia, kecuali akan melihat kehancuran sebelum Allah menyelesaikan untuknya hajinya – iaitu Haji al-Islam- , tidak ada seorang hamba yang meninggalkan pertolongan untuk menunaikan hajat saudaranya yang muslim – sama ada ditunaikan ataupun tidak- , kecuali akan diuji dengan pertolongan dari perkara dosa kepadanya, lalu dia tidak diberikan ganjaran ke atasnya.
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5165].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs