Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من عبدٍ ولا أَمَةٍ يَضِنُّ بنفقةٍ يُنفِقُها فيما يُرْضِي اللهَ؛ إلا أنفق أضعافَها فيما يُسْخِطُ اللهَ، وما من عبدٍ يَدَعُ الحجَّ لحاجةٍ عَرَضَت له من حوائجِ الدنيا؛ إلا رَأَى مَحْقَهُ قبلَ أن يقضيَ اللهُ له تلك الحاجةَ - يعني: حَجَّةَ الإسلامِ-، وما من عبدٍ يَدَعُ المَشْيَ في حاجةِ أخيه المسلمِ - قُضِيَتْ أو لَمْ تُقْضَ -؛ إلا ابتُلِيَ بمعونةٍ من مَأْثَمٍ عليه، ولا يُؤْجَرُ فيه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan yang bakhil dalam menginfakkan harta kepada sesuatu yang diredhai Allah, kecuali dia akan menginfakkan berganda lagi kepada apa yang Allah murkai, tidak ada seorang hamba yang meninggalkan haji kerana sesuatu keperluan dunia, kecuali akan melihat kehancuran sebelum Allah menyelesaikan untuknya hajinya – iaitu Haji al-Islam- , tidak ada seorang hamba yang meninggalkan pertolongan untuk menunaikan hajat saudaranya yang muslim – sama ada ditunaikan ataupun tidak- , kecuali akan diuji dengan pertolongan dari perkara dosa kepadanya, lalu dia tidak diberikan ganjaran ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 751, hadis no. 3846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه - مرفوعا: «ما من عبد ولا أمة يضن بنفقة ينفقها فيما يرضي الله؛ إلا أنفق أضعافها فيما يسخط الله، وما من عبد يدع الحج لحاجة عرضت له من حوائج الدنيا؛ إلا رأى محقة قبل أن يقضي الله له تلك الحاجة - يعني: حجة الإسلام -، وما من عبد يدع المشي في حاجة أخيه المسلم - قضيت أو لم تقض -؛ إلا ابتلي بمعونة من مأثم عليه، ولا يؤجر فيه». [الأصفهاني، «الضعيفة» (5165)].
(Munkar) Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada mana-mana hamba lelaki mahupun perempuan yang bakhil dalam menginfakkan harta kepada sesuatu yang diredhai Allah, kecuali dia akan menginfakkan berganda lagi kepada apa yang Allah murkai, tidak ada seorang hamba yang meninggalkan haji kerana sesuatu keperluan dunia, kecuali akan melihat kehancuran sebelum Allah menyelesaikan untuknya hajinya – iaitu Haji al-Islam- , tidak ada seorang hamba yang meninggalkan pertolongan untuk menunaikan hajat saudaranya yang muslim – sama ada ditunaikan ataupun tidak- , kecuali akan diuji dengan pertolongan dari perkara dosa kepadanya, lalu dia tidak diberikan ganjaran ke atasnya. [Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5165].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman