Tidak ada makhluk Allah yang lebih banyak daripada malaikat

TEKS BAHASA ARAB

ليس من ‌خلق الله أكثر من ‌الملائكة، ما من شجرة تنبت إلا وملك موكل بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada makhluk Allah yang lebih banyak daripada malaikat. Tidak ada sebatang pokok pun yang tumbuh melainkan ada malaikat yang ditugaskan untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 578-579, hadis nombor 2979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ليس من ‌خلق الله أكثر من ‌الملائكة، ما من شجرة تنبت إلا وملك موكل بها». [عد، أبو الشيخ في «العظمة»، «الضعيفة» (6566)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada makhluk Allah yang lebih banyak daripada malaikat. Tidak ada sebatang pokok pun yang tumbuh melainkan ada malaikat yang ditugaskan untuknya". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Abu al-Shaykh dalam al-Azamah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6566].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs