Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada makhluk Allah yang lebih banyak daripada malaikat

Teks Bahasa Arab

ليسَ من خَلْقِ اللهِ أكثرُ من الملائكةِ، ما من شجرةٍ تَنْبُتُ إلا ومَلَكٌ مُوَكَّلٌ بها.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada makhluk Allah yang lebih banyak daripada malaikat. Tidak ada sebatang pokok pun yang tumbuh melainkan ada malaikat yang ditugaskan untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 578-579, hadis no. 2979.

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ليس من ‌خلق الله أكثر من ‌الملائكة، ما من شجرة تنبت إلا وملك موكل بها». [عد، أبو الشيخ في «العظمة»، «الضعيفة» (6566)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada makhluk Allah yang lebih banyak daripada malaikat. Tidak ada sebatang pokok pun yang tumbuh melainkan ada malaikat yang ditugaskan untuknya". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Abu al-Shaykh dalam al-Azamah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6566].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.