Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان لا يُلهيه عن صلاةِ المغرِبِ طعامٌ أو غيرُه.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada makanan atau selainnya yang dapat mengalihkan perhatian baginda daripada solat maghrib.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408, hadis no. 2191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعاً: «كان لا يلهيه عن صلاة المغرب طعام أو غيره». [قط، «الضعيفة» (4252)].
(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tidak ada makanan atau selainnya yang dapat mengalihkan perhatian baginda daripada solat maghrib". [Riwayat al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4252].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman