Tidak ada lelaki yang lebih kurang agamanya, dan lemah pendapatnya, berbanding perempuan

TEKS BAHASA ARAB

ما وجد من ناقص الدين والرأي أغلب للرجال ذوي الأمر على أمرهم من النساء، قالوا: وما نقص دينهن ورأيهن؟ قال: أما نقص رأيهن: فجعلت شهادة امرأتين بشهادة رجل، وأما نقص دينهن: فإن إحداهن تقعد ما شاء الله من يوم وليلة لا تسجد لله سجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Tidak ada orang yang cetek agama dan pandangannya, yang lebih menguasai para lelaki yang bijaksana dalam urusan mereka, berbanding wanita.” Mereka bertanya: “Apakah kecetekan agama dan pandangan wanita itu?” Baginda membalas: “Ceteknya pandangan mereka itu kerana dijadikan penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Manakala ceteknya agama mereka itu kerana salah seorang mereka akan duduk sepanjang siang dan malam, selama yang dikehendaki Allah, dia tidak bersujud kepada Allah walaupun sekali.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 340, hadis nombor 1785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: ((مَا وُجِدَ مِنْ نَاقِصِ الدِّينِ وَالْرَأْي أَغْلَبَ لِلرِّجَالِ ذَوِي الأَمْرِ عَلَى أَمْرِهِمْ مِنَ النِّسَاءِ، قَالُوا: وَمَا نقْصُ دِينِهِنَّ ورأيِهِنَّ؟ قَالَ: أمَّا نقْصُ رأيِهِنَّ: فَجُعِلَتْ شَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ بِشَهَادَةِ رَجُلٍ، وأمَّا نقْصُ دِينِهِنَّ: فإن إحداهن تَقْعُدُ ما شاء الُله من يومٍ وليلةٍ لا تسجُدُ للهِ سجدةً)). [ك، ((الضعيفة)) (6106)].

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada orang yang cetek agama dan pandangannya, yang lebih menguasai para lelaki yang bijaksana dalam urusan mereka, berbanding wanita.” Mereka bertanya: “Apakah kecetekan agama dan pandangan wanita itu?” Baginda membalas: “Ceteknya pandangan mereka itu kerana dijadikan penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Manakala ceteknya agama mereka itu kerana salah seorang mereka akan duduk sepanjang siang dan malam, selama yang dikehendaki Allah, dia tidak bersujud kepada Allah walaupun sekali.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6106].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs