Tidak ada kuda yang lebih baik daripada al-Duhm

TEKS BAHASA ARAB

لا خيل ألقى من الدّهم ولا امرأة كبنت العمّ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kuda yang lebih baik daripada al-Duhm (kuda hitam kemerah-merahan). Dan tiada wanita yang lebih baik seperti anak perempuan ayah saudara (sepupu).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1024-1025, hadis nombor 5263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال قال رسول الله ﷺ: لا خيل ألقى من الدّهم ولا امرأة كبنت العمّ. [عد, الضعيفة (6249)]

(Palsu) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada kuda yang lebih baik daripada al-Duhm (kuda hitam kemerah-merahan). Dan tiada wanita yang lebih baik seperti anak perempuan ayah saudara (sepupu). [Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 6249]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.