Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَ عَلَيْكُمْ فِى غَسْلِ مَيِّتِكُمْ غُسْلٌ إِذَا غَسَّلْتُمُوهُ، إِنَّهُ مُسْلِمٌ مُؤْمِنٌ طَاهِرٌ، وَإِنَّ الْمُسْلِمَ (وفي لفظ: مَيِّتَكُمْ) لَيْسَ بِنَجِسٍ، فَحَسْبُكُمْ أَنْ تَغْسِلُوا أَيْدِيَكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada kewajiban mandi ke atas kamu dalam memandikan mayat ketika kamu memandikannya. Sesungguhnya dia seorang muslim, mukmin lagi suci dan orang muslim itu (dalam riwayat lain: orang yang mati dalam kalangan kamu) tidak najis. Cukuplah kamu membasuh kedua tangan kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis no. 6221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidak ada kewajiban mandi ke atas kamu dalam memandikan mayat ketika kamu memandikannya. Sesungguhnya dia seorang muslim, mukmin lagi suci dan orang muslim itu (dalam riwayat lain: orang yang mati dalam kalangan kamu) tidak najis. Cukuplah kamu membasuh kedua tangan kamu. [Riwayat al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6304].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman