Tidak ada kesabaran melainkan orang yang pernah tersadung

TEKS BAHASA ARAB

لا حليم إلا ذو عثرة، ولا حكيم إلا ذو تجربة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kesabaran melainkan orang yang pernah tersadung, serta tidak ada kebijaksanaan melainkan seseorang yang pernah mengalami (sesuatu pengalaman dalam suatu keadaan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا حليم إلا ذو عثرة، ولا حكيم إلا ذو تجربة)). [خد، ت، حب، ابن حبان في ((روضة العقلاء)) و((الضعفاء))، ك، حم، حل، خط، ((الضعيفة)) (5646)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada kesabaran melainkan orang yang pernah tersadung, serta tidak ada kebijaksanaan melainkan seseorang yang pernah mengalami (sesuatu pengalaman dalam suatu keadaan).
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn Hibban dalam Rawdatul al-‘Uqala’ dan al-Du’afa’, al-Hakim dalam Mustadrak, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah dan Tarikh Baghdad oleh al-Khatib. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5646]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs