Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لاَ حَلِيمَ إِلاَّ ذُو عَثْرَةٍ، وَلاَ حَكِيمَ إِلاَّ ذُو تَجْرِبَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada kesabaran melainkan orang yang pernah tersadung, serta tidak ada kebijaksanaan melainkan seseorang yang pernah mengalami (sesuatu pengalaman dalam suatu keadaan).
Sahabat Perawi
- Abu Sa’id RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis no. 1218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu Sa’id RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada kesabaran melainkan orang yang pernah tersadung, serta tidak ada kebijaksanaan melainkan seseorang yang pernah mengalami (sesuatu pengalaman dalam suatu keadaan). [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn Hibban dalam Rawdatul al-‘Uqala’ dan al-Du’afa’, al-Hakim dalam Mustadrak, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah dan Tarikh Baghdad oleh al-Khatib. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5646]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman