Tidak ada kerugian bagi mereka yang melakukan istikharah

TEKS BAHASA ARAB

ما خاب من استخار، ولا ندم من استشار، ولا عال من اقتصد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kerugian bagi mereka yang melakukan istikharah, tidak ada penyesalan bagi mereka yang berbincang, dan tidak akan miskin bagi mereka yang bersederhana.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 893. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ما خاب من استخار، ولا ندم من استشار، ولا عال من اقتصد.
[طص، ((الضعيفة)) (611)]

(Palsu)
Daripada Anas – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Tidak ada kerugian bagi mereka yang melakukan istikharah, tidak ada penyesalan bagi mereka yang berbincang, dan tidak akan miskin bagi mereka yang bersederhana.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 611]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.