Tidak ada kerehatan bagi seorang mukmin selain pertemuan dengan Allah Azzawajalla

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا راحة للمؤمن دون لقاء الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kerehatan bagi seorang mukmin selain pertemuan dengan Allah Azzawajalla.

STATUS

Tiada asal baginya secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451, hadis nombor 2415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – قال: «لا راحة للمؤمن دون لقاء الله – عز وجل -». [أحمد في «الزهد»، «الضعيفة» (663)].

(Tiada Asal Baginya Secara Marfu’) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: “Tidak ada kerehatan bagi seorang mukmin selain pertemuan dengan Allah Azzawajalla.” [Riwayat Ahmad dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 663].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.