Tidak ada kenabian yang lain kecuali menyusul selepasnya khilafah pemerintahan

TEKS BAHASA ARAB

ما كانت نبوة قط إلا تبعتها خلافة، ولا كانت خلافة قط إلا تبعتها ملك، ولا كانت صدقة [قط] إلا كان مكسا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kenabian yang lain kecuali menyusul selepasnya khilafah pemerintahan. Tidak ada khilafah pemerintahan kecuali menyusul selepasnya raja, tidak ada sedekah (zakat) kecuali ia akan jadi cukai (oleh pemerintah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis nombor 4307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن سهل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما كانت نبوة قط إلا تبعتها خلافة، ولا كانت خلافة قط إلا تبعتها ملك، ولا كانت صدقة [قط] إلا كان مكسا)).
[ابن عساكر، ابن طهمان في ((مشيخته))، ((الضعيفة)) (4465)]

(Lemah) Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Sahl RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada kenabian yang lain kecuali menyusul selepasnya khilafah pemerintahan. Tidak ada khilafah pemerintahan kecuali menyusul selepasnya raja, tidak ada sedekah (zakat) kecuali ia akan jadi cukai (oleh pemerintah).
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan Ibn Ṭuhmān dalam Masyīkhahnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4465]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs