Tidak ada kefakiran yang lebih teruk daripada kejahilan

TEKS BAHASA ARAB

لا فقر أشد من الجهل، ولا مال أعود من العقل، ولا وحدة أوحش من العجب، ولا استظهار أوفق من المشاورة، ولا عقل كالتدبير، ولا حسب كحسن الخلق، ولا ورع کالكف، ولا عبادة كالتفكر، ولا إيمان كالحياء والصبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kefakiran yang lebih teruk daripada kejahilan. Tidak ada harta yang lebih berguna daripada akal. Tidak ada kesepian yang lebih keji daripada sifat ujub. Tidak ada kejelasan yang lebih tepat daripada perbincangan. Tidak ada taakul seperti pengurusan. Tidak ada kemuliaan seperti akhlak baik. Tidak ada warak seperti menahan diri. Tidak ada ibadah seperti tafakur dan tidak ada iman seperti malu dan sabar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 512, hadis nombor 2723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا فقر أشد من الجهل، ولا مال أعود من العقل، ولا وحدة أوحش من العجب، ولا استظهار أوفق من المشاورة، ولا عقل كالتدبير، ولا حسب كحسن الخلق، ولا ورع کالكف، ولا عبادة كالتفكر، ولا إيمان كالحياء والصبر». [طب، ابن حبان في «المجروحين»، ((الضعيفة)) (5428)].

(Palsu) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada kefakiran yang lebih teruk daripada kejahilan. Tidak ada harta yang lebih berguna daripada akal. Tidak ada kesepian yang lebih keji daripada sifat ujub. Tidak ada kejelasan yang lebih tepat daripada perbincangan. Tidak ada taakul seperti pengurusan. Tidak ada kemuliaan seperti akhlak baik. Tidak ada warak seperti menahan diri. Tidak ada ibadah seperti tafakur dan tidak ada iman seperti malu dan sabar.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5428].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs