Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا خير ‌فيمن ‌لا ‌يجمعُ ‌المال … يصل به رحمه، ويؤدي به عن أمانته، ويستغني به عن خَلْقِ ربِّه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta, (harta itu) dengannya (seseorang dapat) menyambung tali persaudaraannya, menunaikan amanahnya, dan tidak bergantung kepada ciptaan Tuhannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis nombor 3291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لا خير ‌فيمن ‌لا ‌يجمعُ ‌المال … يصل به رحمه، ويؤدي به عن أمانته، ويستغني به عن خَلْقِ ربِّه)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، هب، ((الضعيفة)) (6153)].

(Palsu)
Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta, (harta itu) dengannya (seseorang dapat) menyambung tali persaudaraannya, menunaikan amanahnya, dan tidak bergantung kepada ciptaan Tuhannya.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Duafa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu'at dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6153].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.