TEKS BAHASA ARAB
لا خير فيمن لا يجمعُ المال يصل به رحمه ويؤدي به عن أمانته ويستغني به عن خَلْقِ ربِّه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta yang mana dia dapat menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis nombor 687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ لا خير فيمن لا يجمع المال يصل به رحمه يؤدي به عن أمانته ويستغني به عن خلق ريه. [ابن حبان في السعفاء ،هب، ابن الجوزي، الضعيفة (6153)].
(Palsu) Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta yang mana dia dapat menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan. [Diriwayatkan oleh Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6153)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.