Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta yang mana dia dapat menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut

Teks Bahasa Arab

لا خير فيمن لا يجمعُ المالَ يصِلُ به رَحِمَه ، ويؤدي به عن أمانتِه ، ويستغني به عن خلقِ ربِّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta yang mana dia dapat menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis no. 687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ لا خير فيمن لا يجمع المال يصل به رحمه يؤدي به عن أمانته ويستغني به عن خلق ريه. [ابن حبان في السعفاء ،هب، ابن الجوزي، الضعيفة (6153)].

(Palsu) Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta yang mana dia dapat menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6153)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.