Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا خير فيمن لا يجمعُ المالَ . . يصِلُ به رَحِمَه، ويؤدي به عن أمانتِه، ويستغني به عن خلقِ ربِّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta, (harta itu) dengannya (seseorang dapat) menyambung tali persaudaraannya, menunaikan amanahnya, dan tidak bergantung kepada ciptaan Tuhannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis no. 3291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((لا خير فيمن لا يجمعُ المال ... يصل به رحمه، ويؤدي به عن أمانته، ويستغني به عن خَلْقِ ربِّه)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، هب، ((الضعيفة)) (6153)].
(Palsu) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada kebaikan pada orang yang tidak mengumpulkan harta, (harta itu) dengannya (seseorang dapat) menyambung tali persaudaraannya, menunaikan amanahnya, dan tidak bergantung kepada ciptaan Tuhannya.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Duafa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu'at dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6153].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman