Tidak ada kebaikan pada harta yang tidak ada kekurangan, dan kepada jasad yang tidak ditimpa sakit

TEKS BAHASA ARAB

لا حاجة لنا في ابنتك، تجيئنا تحمل خطاياها، ‌لا ‌خير ‌في ‌مال لا يرزأ منه، وجسد لا ينال منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami tidak mempunyai hajat terhadap anakmu, kamu datang kepada kami membawa kesalahannya. Tidak ada kebaikan pada harta yang tidak berkurang dan kepada jasad yang tidak sakit.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605, hadis nombor 3133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عبيد بن عمير الليثي – رضي الله عنه -، قال: جاء رجل من بني سليم إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله إن لي ابنة من جمالها وعقلها ما إني لأحسد الناس عليها غيرك، فهمّ النبي صلى الله عليه وسلم أن يتزوجها، ثم قال: وأخرى يا رسول الله، لا والله ما أصابها عندي مرض قط، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ((لا حاجة لنا في ابنتك، تجيئنا تحمل خطاياها، ‌لا ‌خير ‌في ‌مال لا يرزأ منه، وجسد لا ينال منه)). [ابن سعد في ((الطبقات))، ((الضعيفة)) (2135)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Ubaid bin Umair al-Laithi RA berkata: Seorang lelaki dari Bani Sulaim datang kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan yang cantik dan bijak, orang lain akan dengki kepadanya melainkan kamu, lalu Nabi SAW ingin mengahwininya. Lalu dia berkata: Yang lain wahai Rasulullah. Demi Allah dia tidak pernah sakit di sisiku. lalu Nabi SAW bersabda: ((Kami tidak mempunyai hajat terhadap anakmu, kamu datang kepada kami membawa kesalahannya. Tidak ada kebaikan pada harta yang tidak berkurang dan kepada jasad yang tidak sakit.))
[Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2135].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.