Tidak ada kebaikan dalam pemerintahan bagi seorang lelaki muslim

TEKS BAHASA ARAB

إن قومي كفروا، فأخبرت أن النبي صلى الله عليه وسلم جهز إليهم جيشا، فأتيته، فقلت: إن قومي على الإسلام، فقال: أكذلك؟ فقلت: نعم. قال: فاتبعته ليلتي إلى الصباح، فأذنت بالصلاة لما أصبحت، وأعطاني إناء توضأت منه، فجعل النبي صلى الله عليه وسلم أصابعه في الإناء، فانفجر عيونا، فقال: من أراد منكم أن يتوضأ فليتوضأ. فتوضأت وصليت، وأمرني عليهم، وأعطاني صدقتهم، فقام رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: فلان ظلمني، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: لا خير في الإمارة لرجل مسلم. ثم جاء رجل يسأل صدقة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الصدقة صداع في الرأس، وحريق في البطن، أو داء. فأعطيته صحيفتي أو صحيفة إمرتي وصدقتي. فقال: ما شأنك؟! فقلت: كيف أقبلها وقد سمعت منك ما سمعت؟! فقال: هو ما سمعت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kaumku telah kufur, dan aku dikhabarkan bahawa Nabi SAW telah mempersiapkan bagi mereka angkatan tentera. Lalu aku mendatangi baginda seraya berkata: Kaumku sudah memeluk Islam. Baginda bertanya: Adakah begitu? Aku berkata: Ya. Lalu aku mengikuti baginda pada waktu malamku sehingga pagi, lalu aku melaungkan azan untuk solat ketika aku bangun, aku diberikan bekas untuk aku berwuduk daripadanya, lalu Nabi SAW meletakkan jarinya di dalam bekas lalu memancutlah air keluar. Lalu baginda bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu mahu berwuduk, maka berwuduklah. Lalu aku berwuduk dan solat, dan baginda melantik aku antara mereka, dan mereka memberikan aku zakat mereka. Maka, seorang lelaki pergi kepada Nabi SAW dan berkata: Si polan telah menzalimi aku. Sesudah itu Nabi SAW bersabda: Tidak ada kebaikan dalam pemerintahan bagi seorang lelaki muslim. Kemudian datang seorang lelaki meminta zakat, lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya zakat itu memeningkan kepala, dan membakar perut ataupun sejenis penyakit. Lalu aku memberikannya lembaranku atau lembaran perlantikanku dan zakatku. Lalu Baginda SAW bersabda: Apa masalah kamu? Aku berkata: Bagaimana aku boleh menerimanya sedangkan aku telah mendengar daripadamu apa yang telah aku dengar?! Lalu baginda bersabda: Ia adalah apa yang kau dengar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 842, hadis nombor 4321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبان بن بح الصدائي صاحب النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: إن قومي كفروا، فأخبرت أن النبي صلى الله عليه وسلم جهز إليهم جيشا، فأتيته، فقلت: إن قومي على الإسلام، فقال: ((أكذلك؟)). فقلت: نعم. قال: فاتبعته ليلتي إلى الصباح، فأذنت بالصلاة لما أصبحت، وأعطاني إناء توضأت منه، فجعل النبي صلى الله عليه وسلم أصابعه في الإناء، فانفجر عيونا، فقال: ((من أراد منكم أن يتوضأ فليتوضأ)). فتوضأت وصليت، وأمرني عليهم، وأعطاني صدقتهم، فقام رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: فلان ظلمني، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((لا خير في الإمارة لرجل مسلم)). ثم جاء رجل يسأل صدقة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الصدقة صداع في الرأس، وحريق في البطن، أو داء)). فأعطيته صحيفتي أو صحيفة إمرتي وصدقتي. فقال: ((ما شأنك؟!)). فقلت: كيف أقبلها وقد سمعت منك ما سمعت؟! فقال: ((هو ما سمعت)).
[حم، ((الضعيفة)) (4800)]

(Lemah) Daripada Ḥibbān bin Buhh al-Ṣudāi’ sahabat Nabi SAW bahawa dia berkata: Sesungguhnya kaumku telah kufur, dan aku dikhabarkan bahawa Nabi SAW telah mempersiapkan bagi mereka angkatan tentera. Lalu aku mendatangi baginda seraya berkata: Kaumku sudah memeluk Islam. Baginda bertanya: Adakah begitu? Aku berkata: Ya. Lalu aku mengikuti baginda pada waktu malamku sehingga pagi, lalu aku melaungkan azan untuk solat ketika aku bangun, aku diberikan bekas untuk aku berwuduk daripadanya, lalu Nabi SAW meletakkan jarinya di dalam bekas lalu memancutlah air keluar. Lalu baginda bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu mahu berwuduk, maka berwuduklah. Lalu aku berwuduk dan solat, dan baginda melantik aku antara mereka, dan mereka memberikan aku zakat mereka. Maka, seorang lelaki pergi kepada Nabi SAW dan berkata: Si polan telah menzalimi aku. Sesudah itu Nabi SAW bersabda: Tidak ada kebaikan dalam pemerintahan bagi seorang lelaki muslim. Kemudian datang seorang lelaki meminta zakat, lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya zakat itu memeningkan kepala, dan membakar perut ataupun sejenis penyakit. Lalu aku memberikannya lembaranku atau lembaran perlantikanku dan zakatku. Lalu Baginda SAW bersabda: Apa masalah kamu? Aku berkata: Bagaimana aku boleh menerimanya sedangkan aku telah mendengar daripadamu apa yang telah aku dengar?! Lalu baginda bersabda: Ia adalah apa yang kau dengar.
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4800]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs