Tidak ada kaum yang muncul padanya zina kecuali mereka akan ditimpa kemarau

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من قوم يظهر فيهم الزنا إلا أخذوا بالسنة، وما من قوم يظهر ‌فيهم ‌الرشا، إلا أخذوا بالرعب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada kaum yang muncul padanya zina kecuali mereka akan ditimpa kemarau, dan tidak ada kaum yang muncul padanya rasuah kecuali akan ditimpa dengan ketakutan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 773, hadis nombor 3954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن العاص – رضي الله عنه -، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((ما من قوم يظهر فيهم الزنا إلا أخذوا بالسنة، وما من قوم يظهر ‌فيهم ‌الرشا، إلا أخذوا بالرعب)). [حم، ((الضعيفة)) (1236)]

(Lemah) Daripada Amru bin al-As RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada kaum yang muncul padanya zina kecuali mereka akan ditimpa kemarau, dan tidak ada kaum yang muncul padanya rasuah kecuali akan ditimpa dengan ketakutan. [Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1236]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.