Tidak ada hukuman yang lebih daripada sepuluh sebatan

TEKS BAHASA ARAB

لا عقوبة فوق عشر ضربات إلا في حد من حدود الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hukuman yang lebih daripada sepuluh sebatan, kecuali dalam hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 828, hadis nombor 4254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ: "العقوبة") عن صحابي، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((لا عقوبة فوق عشر ضربات، إلا في حد من حدود الله)).
[خ، ((الضعيفة)) (6959)]

(Munkar dengan lafaz: Hukuman) Daripada seorang sahabat, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada hukuman yang lebih daripada sepuluh sebatan, kecuali dalam hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah.
[Riwayat al-Bukhārī dalam Ṣaḥīḥnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6959]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs