Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا قَطْعَ في زَمَنِ مَجاعةٍ
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hukuman potong tangan pada zaman kebuluran.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 782, hadis no. 4011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة مرفوعا: لا قطع في زمن مجاعة. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1673)]
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’: “Tidak ada hukuman potong tangan pada zaman kebuluran.” [Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1673]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman