Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا حُبْسَ (أَيْ؛ وَقْف) بَعْدَ سُورَةِ النِّسَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada Hubs (iaitu wakaf) selepas surah al-Nisa’.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 766, hadis no. 3910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: سمعت رسول الله ﷺ بعدما نزلت سورة النساء، وفرضت فيها الفرائض: ((لا حبس (أي؛ وقف) بعد سورة النساء)). [الطحاوي، قط، طب، هق، ((الضعيفة)) (273)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW selepas turunnya surah al-Nisa, dan difardukan di dalamnya perkara-perkara fardu: "Tidak ada Hubs (iaitu wakaf) selepas surah al-Nisa’.” [Riwayat al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 273]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman