TEKS BAHASA ARAB
لا رهبانية في الإسلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada hidup kepaderian dalam Islam.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 106, hadis nombor 516. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر لم أره بهذا لكن في حديث سعد بن أبي وقاص عند البيهقي: (إن الله أبدلنا بالرهبانية الحنيفية السمحة).
Ibn Hajar berkata: "Saya belum pernah melihat hadith dengan lafaz ini, namun dalam hadith Sa’d bin Abi Waqqas dalam riwayat al-Baihaqi: "Sesungguhnya Allah telah menukarkan kepada kita rahbaniyyah (hidup kepaderian) dengan al-Hanifiyyah (agama yang cenderung kepada tauhid) al-Samhah (toleransi)".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.