Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada hasil yang seseorang dapat hasilkan

Teks Bahasa Arab

ما اكتسبَ مُكتسبٌ مثلَ فضلِ علمٍ، يَهدي صاحبَهُ إلى هُدًى أو يَردَّهُ عن رَدًى، ولا استقامَ دِينُهُ حتى يستقيمَ عقلُه.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada hasil yang seseorang dapat hasilkan seumpama hasil ilmu. Ia memberi petunjuk kepada pemiliknya ke arah hidayah atau menghalangnya daripada kehancuran. Tidak lurus agamanya sehingga lurus akalnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1962, hadis no. 9813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما اكتسب مكتسب مثل فضل علم، يهدي صاحبه إلى هدى أو يرده عن ردى، ولا استقام دينه حتى يستقيم عقله. [طس، طص، ((الضعيفة)) (6710)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Baginda SAW bersabda: Tidak ada hasil yang seseorang dapat hasilkan seumpama hasil ilmu. Ia memberi petunjuk kepada pemiliknya ke arah hidayah atau menghalangnya daripada kehancuran. Tidak lurus agamanya sehingga lurus akalnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6710]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.